Kasihi daku dalam rahmatMu

Jalan pejuang yang tidak pernah sunyi dengan ujian..

Saya sayang perut saya!! Begitulah yang bernama manusia, tatkala ujian bertamu, ketika itu barulah mensyukuri nikmat yang selama ini dirasai dan dinikmati selama ini hilang begitu sahaja. Allah..Allah..

Kita sering menyedari dan memahami bahawa jasad kita memerlukan hak2 yang perlu dilangsaikan. Seperti, sudah makan wahai perut hari ini? Sudah mandi? Jika tidak berbau busuk nanti.. Jika terdapat kesan-kesan luka atau lebam pada kulit dan jasad kita,amatlah dirisaukan. Bilakah kesan2 ini akan menghilang? Malunya nanti apabila disapa dan dilihat oleh orang lain. Itu saja baru sebahagian hak jasad yang tidak pernah putus-putus untuk kita perbaiki dan mencuba untuk mempamerkan dalam keadaan sebaik mungkin demi kepuasan diri dan pada orang lain yang bakal memandang dan memujinya.

Sekarang, mari kita cuba menukarkan segala apa yang kita lakukan pada jasad kita untuk RUH kita pula.

Kenyangkah wahai kau Ruh hari ini? Adakah sudah cukup aku memberikan mu makanan?

Terdiam..sepi mengatur jawapan..

Jika pada jasad kita berusaha sedaya upaya untuk menyediakn perkhidmatan yang terbaik. Tetapi kenapa tidak kepada ruh? Hak ruh sebenarnya telah kita lalaikan selama ini?

Rasulullah s.a.w. bersabda : Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berkekalan (berterusan) walaupun amalan itu dilakukan sedikit-sedikit. ( Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim daripada Saidatina Aisyah ra )

Jadi, sudah bersuluh di sini bahawa amalan yang paling disukai oleh Allah bila mana amalan itu adalah berterusan dan mencuba utk istiqomah. Walaupun hanya solat malam walaupun hanya beberapa rakaat tetapi setiap malam, lakukanlah puasa sunat walaupun hanya beberapa hari dalam sebulanj, bacalah Al-Quran walaupun hanya beberapa ayat dalam sehari. Begitulah juga terhadap amalan-amalan soleh yang lain dalam mencuba memenuhi hak ruh2 kita yang kekeringan.

Di samping itu, kematian juga boleh menjenguk kita pada bila masa-masa sahaja. Moga-moga dengan amal istiqomah yang telah kita buat(konsiten dalam beramal) mudah-mudahan kita mati dalam keadaan yang baik atau Husnul Khatimah yakni mati dalam iman dan beramal soleh. Perlu dingat ! Keadaan manusia setelah mati, akan bahagia ataupun menderita, sama ada di alam barzakh (alam kubur) atau di alam Akhirat, sangat-sangat ditentukan oleh keadaannya ketika nyawanya dicabut.

Rasulullah s.a.w. bersabda : Innamal A’maal Bil Khawaatim ( Sesungguhnya amalan yang paling menentukan adalah amalan yang terakhir) – ( Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari ).

Maksudnya : Keadaan manusia di akhirat nanti, bahagia atau menderita, sangat ditentukan oleh amalannya yang terakhir. Jika ia meninggal dunia dalam keadaan baik yakni iman dan amal soleh maka dia akan berbahagia. Tetapi jika sebaliknya, nyawanya dicabut oleh malaikat maut dalam keadaan ia melakukan syirik atau maksiat maka dia akan disiksa. Wal ‘Iyadzu Billah.

Jika kita memilih untuk istiqamah (konsisten) dalam beramal soleh setiap hari, maka besar kemungkinan kita akan mendapat Husnul Khatimah yakni mati dalam keadaan baik. Rasul mengajar kita berdoa : Allahummakhtim Lana Bihusnil Khaatimah, Wa Laa Takhtim ‘Alainaa Bisuuil Khatimah ( Ya Allah akhirilah hidup kami dalam keadaan yang baik, dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dalam keadaan yang tidak baik.

Moga-moga amalan kita yang yang tidak seberapa dan yang compang camping ini diterima oleh Allah. Mudah-mudahan dengan rahmatNya yang sentiasa meluas dapat membantu kita, ensyaAllah dengan izinNya.

Maafkan hambaMu yang penuh hina ini..

Advertisements

Jika Syurga Neraka Tak Pernah Ada

Tuluskah kita?

Syurga..Neraka.. Dua tempat yang sering disebut2 oleh mana2 agama sekali pun, demi mengejar natijah yang sama yakni sama2 untuk mengejar syurga. Bagi agama Islam , ia merupakan satu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah bahawa tak tergambar oleh keindahannya oleh akal manusia itu sendiri akan keindahanya. Bagiku, mungkin jika mahu diikutkan definisi “keindahan” itu  , hakikatnya mungkin tidak dapat mencapai tahap keindahan yang sebenar2 nya untuk martabat syurga yang dijanjikan oleh Allah itu.Sungguh.. Ianya diluar batasan manusia untuk membayanginya.

Tapi, bagaimana pula dengan  cerita dengan neraka? Pasti ramai yang mengetahu jawapanya.Tidak lain tidak bukan tempat yang turut dijanjikan oleh Allah juga bagi hamba2 Nya berbuat kejahatan dan mendustakanNya.

Namun,pernah kah kita terpikir, bagaimana jika syurga dan neraka itu tidak wujud?

Sekadar berkongsi satu lagu dari penyanyi pop  Indonesia,Allahyarham Chrisyie yang ku rasakan mempunyai mesej serta makna yang mendalam bagi yang membacanya menggunakan mata hati. Amatilah bait-bait ini:

… Apakah kita semua
Benar-benar tulus
Menyembah pada-Nya
Atau mungkin kita hanya
Takut pada neraka
Dan inginkan syurga.
Jika syurga dan neraka tak pernah ada
Masihkah kau bersujud kepada-Nya? …

Ya..jadi tanyalah diri kita semua. Adakah kita semua ini masih bersujud kepada Dia yang teratas jika syurga dan neraka itu tidak pernah termaktub di Luh Mahfuz sana dan tidak juga pernah wujud? Apakah yang akan berlaku kepada kita sekarang ini? Adakah ibadah yang dilakukan adalah sebagai syarat untuk kita mengejar untuk masuk ke syurga dan takut jika dimasukkan ke dalam neraka? Sejauh mana pula dengan keikhlasan? Keikhlasan kita dalam mengabdi kepada Tuhan Maha Pencipta..

Untuk mengetahui hakikatnya,tanyalah keikhlasan hati itu.. Dimanakah dasarnya atas semua yang telah dilakukan. Berpaksikan apa itu semua..

Dan demi bergegas menyahut pengabdian untukNya, bertindaklah kita  bersama untuk mencapai hakikat kerohanian tertinggi bak para sufi, iaitu mendekatkan diri kepada Tuhan kerana cinta, bukan kerana mengharap pahala dan takut akan seksanya.

Dari cetusan dari bait-bait lagu ini, moga ada jiwa yang tersentuh dan sekaligus memasukkan diri  kita semua termasuk kepada golongan “ulul albab” (golongan yang berakal).Allah menyebutkan di dalam kitabNya:

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal; (iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah ketika mereka berdiri dan duduk dan ketika mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.” (Surah Ali ‘Imran: 190-91)

Bagi orang yang berakal dan sentiasa berfikir itu dengan mempertimbangkan segala sesuatunya dengan menggunakan akal sihat dan waras mereka. Mereka boleh membezakan mana yang patut dibuat dan mana yang patut ditinggalkan. Mereka boleh memilih yang terbaik dari yang terbaik.

Moga memilih jalan yang terbaik untuk mengejar sama2 yang terbaik. Kerna hidup ini bukan hanya mahu sendiri2an. Bahkan, sebaliknya kita bersama2 berjalan dengan jutaan manusia.

Bersama perbaharui niat. Bersama gandakan usaha. Untuk usaha yang tanpa jemu. Demi satu perjalanan masa hadapan yang sentiasa di dalam RedhaNya..EnsyaAllah.

Kesempurnaan Yang Dinanti

Terbitkan rasa “berlumba-lumba” -fastabiq el-kheirat..

Menanti kesempurnaan? Agaknya itulah yang sering ditunggu oleh manusia lantaran dalam menunggu proses untuk melakukan kebaikan. Takut apabila tidak sempurna apabila ingin mula mengorak langkah untuk menyampaikan.

“Dan berpesan-pesanlah kamu kepada kebenaran”

Ya! Kesempurnaan, kecemerlangan yang diidam-idam kan oleh tiap insan tatkala mahu menyampaikan nasihat kepada insan lain yang mereka rasakan kecemrlangan yang dimilki itu perlu “lebih sedikit” darjatnya daripada golongan yang bakal disampaikan. Kalau begitu, jika mahu menanti kesempurnaan,sampai bila ilmu itu tidak akan disampaikan.

Sekadar mahu menyisipkan kisah agung yang ku rasa kan sesuai dan memainkan peranan yang besar dalam sejarah Islam untuk dijadikan ikhtibar buat golongan muda masa kini yang merasa takut untuk bangun mengorak langkah kehadapan atau diikatakan belum cukup ilmu di dada ataupun memilih untuk diam yang dirasakan itulah posisi atau kedudukan yang selesa buat mereka.

Allah berfirman :

“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu dengan sebenarnya.Sesungguhnya mereka adalah pemuda2 ynag beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk” (Soura el-Kahf: 13)

Jumlah mereka yang hanya boleh dibilang oleh jari.Ya!  Golongan Ashabul Kahfi.  Ku yakin pasti ramai yang pernah mendengar susunan perjalanan hidup mereka. Itulah ia  golongan yang tidak terpengaruh dengan cara masyakat yang sesat pada waktu itu. Malah sanggup merubah arus untuk menegakkan kebenaran.

Hakikat yang tidak boleh disangkal bahawa kesempurnaan umat banyak bergantung kepada golongan muda seperti ini yang perlu menjadi pelapis. Pelapis yang bakal mewarnai kepada generasi akan datang untuk merubah Islam.Alangkah hebatnya jika  tiap-tiap hati itu memiliki ruh semangat jihad yang bakal meniupkanya pada ribuan umat yang kontang menanti santapan ruhi buat hati-hati mereka yang sedang ketandusan.

Jadi siapakah yang bakal memimpin hati-hati yang ketandusan itu? Tidak perlu untuk mencongak-congak lagi. Hakikatnya kitalah yang perlu manjadi arus untuk merubah suasana.  Mendekati kekuatan dan tidak perlu membuang masa pada golongan yang tidak bersedia untuk bertindak walaupun pada hakikatnya dakwah itu perlu disampaikan pada semua lapisan masyarakat tanpa ada sebarang pengecualian.

Bagaimana pula dengan nasib golongan muda hari ini? Tiada jalan juga untuk merubah yang sudah keras atau berbeku di hati?

Kembali ke pangkal jalan. Masih belum terlambat untuk semua ini. Bagiku surah Luqman banyak mengajar mengenai pendidikan Luqman sendiri kepada anak-anaknya. Ayuh! Jernihkan semula air yang telah keruh.

Allah SWT berfirman:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” (soura el-Imran :33)

Maka,sebarkanlah kebaikan,sebarkanlah kebenaran. Jangan takut untuk menyebarkan kebaikan dan mahu untuk menunggu peringkat kesempurnaan. Bermula lah untuk bertindak.! Kerna inilah jalan yang Allah telah pilihkan serta susunkan untuk kita demi  untuk menyempurnakan diri. Tidak lain tidak bukan kesempurnaan untuk diri kita sendiri.

Terima kasih Tuhan.

Nikmat pagi. Subhanallah.. Alhamdulilah.. Masih diberi nikmat untuk bernafas di muka bumi Tuhan ini. Nikmat yang kadang-kadang membuatkan manusia lupa bahawa ada lagi kuasa yang tertinggi di atas itu. Lupa(النسيان) . Yang sukar untuk dijauhkan dengan manusia -(الإنسان). Kerana itulah yang bernama manusia.

Perit dengan pandangan fatrah kehidupan bilamana mencuba untuk menongkah arus.  Namun, biarlah manjadi arus yang mampu mengubah suasa. Bukan kerana suasana dan situasi yang membuatkan kita berubah. Terpanggil diri ini dengan hakikat kehidupan ini. Bagi yang menghargai erti sebuah kehidupan yang merupakan pinjaman sementara ini, tahniah ku ucapkan! Namun, bagi yang masih lena dibuai mimpi indah, adakah masih mahu terus lena dibuai mimpi indah atau mahu diambil nyawamu dalam keadaan tidur mu yang dibuai bersama mimpi-mimpi yang dicipta oleh iblis?

Anatara kewujudan yang disedari atau tidak.Ya manusia! Makhluk Allah yang berakal yang terhasil dari persenyawaan sperma + ovum. Ya! Itulah kita! Anatara ribuan sperma yang lain, kita lah yang Allah pilih untuk melihat dunia. Untuk merasa nikmat kehidupan yang diberi pinjam oleh Allah.Dipilih untuk diwujudkan dan berfiikir. Pernah kita terfikir, bagaimanakah dengan nasib ribuan sperma yang lain? Hakikatnya, mereka tiada tapi kita ada! Kita wujud wahai sahabat2 ku di luar sana.  Dan apa yang pastinya kita baru terlepas dari satu peringkat yang boleh membuatkan kita daripada tiada kepada ada.. Suatu anugerah yang tidak ternilai yang Allah telah beri kepada kita untuk sebuah nikmat kehidupan. Subhanallah..

Maka yang bergelar manusia, tepuk dada tanyalah iman dan amal kita  semua. Adakah kita telah menggunakan sebaik2nya peluang yang telah diberi oleh Allah ini untuk mentaatiNya? meninggalkan larangaNya? mengingati diriNya tiap masa? Apakah sesuai balasan kita pada Allah jika mahu dibandingkan dengan nikmatnya yang begitu luas kepada kita yang tidak pernah bertepi.

Pernah Dia hantar bil oksigen yang kita telah gunakan dari tika saat dilahirkan hinggalah kini? Pernah Di minta kita membayar segala penggunaan organ jantung,buah pinggang, hempedu dan organ2 lain?

Hakikatnya, Tuhan itu masih menyayangi kita semua. Kasih sayangNya yang tidak bertepi, yang masih sanggup untuk mempermudahkan urusan kita sebagai hambaNya. Walaupun jika mahu dibandingkan kedudukan Dia itu lebih tinggi darjatnya daripada kita ini tidak lebih dari seorang “hambaNya” .

Buat yang masih indah dibuai tidur lena, sedarlah. Sedarlah bahawa kehidupan kita ini tidak lama. Hanya sementara cuma.  Jemputan mulia yang Allah beri kepada kita untuk melihat dunia bukanlah sekadar untuk sesuatu bakal akan dipersia-siakan.